Hati manusia ni flexible. Sangat mudah berubah. Belum tentu orang yang kita suka lapan tahun lepas akan jadi isteri kita. Dan belum tentu orang yang kita jumpa bulan lepas tak layak jadi suami kita. Perasaan manusia ini pelik. Bila sayang sangat, tiba-tiba akan jadi benci. Bila pada awalnya benci, tiba-tiba dia nombor satu di hati. Bila sayang, boleh pula datang cemburu. Bila marah boleh pula tiba-tiba kita menangis.
Gila.
Kadang-kadang kita letak bayangan mahu yang sebegini, tapi akhirnya kita akan bersama dengan orang yang sebegitu. Yang dalam bahasa inggerisnya, total opposite. Kita bina satu khayalan, mahu sang bidadari dari syurga sebagai peneman hidup, hingga wanita biasa yang baik pekertinya kita lupa. Kadang-kadang kita cari orang yang kita rasa ideal untuk kita, sampai kita tak nampak si dia yang melambai di depan mata.
Buta.
Butakah?
Atau kita dikaburi kemahuan semata?
Mungkin.
Jadi kita harus berusaha untuk menjadi yang terbaik, untuk beroleh yang terbaik. Macam konsep dosa pahala syurga neraka. Buat amal yang baik, untuk beroleh yang terbaik. Kan?
"Aku bukan untukmu"
Mengalah? Mengapa perlu?
Usaha pun sejengkal jari. Terus mahu berpatah arang berkerat rotan. *senyum sinis* Bergaduh berperang perkara biasa. Darah muda. Kadang-kadang membina impian bersama sampai terlupa yang apa yang dijanji belum tentu mampu dibukti.Yang penting harus berani. Berusaha sedaya mampu. Berhenti bila tak terpaksi.Yang terbaik akan datang untuk kita. Buat apa bermuram durja?
Quote from makcik. Angin apa entah dia tiba-tiba.
Tapi kan, betul juga. Kadang-kadang aku terfikir, usaha sejengkal jari tapi berharap segunung impian. Terasa bagai masih belum mencuba dan berusaha sedaya upaya. Orang putih cakap not trying the best. No effort at all. Mungkin kelihatan seperti tidak mencuba. Tapi aku tak tahu bagaimana!
Yang penting harus berani. Di manakah keberanian kau? Aku rasa belum cukup berani. Pengalaman lalu cukup pahit untuk ditelan. Aku bukan tak berani. Cuma aku takut menyakiti. Tapi aku rasa apa aku buat ni menyakitkan hati. Betul?
Banyak lagi terbuku di hati. Tapi sukar untuk diluahkan.
Aku bukan seperti orang lain. Aku adalah aku. Loser~ *sigh*
Ye kenapa gaya penulisan aku dah macam makcik ni juga? Adui. Harus tidur sekarang. Esok mahu bangun awal pergi kerja.
p.s: minggu ni sangat bizi… segala mesej sama ada melalui ym, skype, facebook bahkan telefon bimbit akan dibalas seringkas-ringkasnya… minta maaf… lol pegi tido la nk muntah aku tgk ayat sendiri.. pfft
p.p.s: eh makcik… aku quote ek.. pastu ade link ko.. jgn pasni dok sebok mintak royalti sikret resepi… gaji kau lg byk dari aku…
1 comment:
aha. ni kite panggil angin cuti-sem-da-stat-pastu-ko-bosan-pergi-office-punch-in-balik-rumah-tdo-pastu-bangun-tulis-blog
dah, g tdo. jgn runsing2.
aku tamo sikret resepi. aku mau mekdi. mekdi. mekdi.
gaji aku tak masuk lagi yg bulan lepas punya. terimas.
Post a Comment