- Erised stra ehru oyt ube cafru oyt on wohsi -

*(I show not your face but your heart's desire)*

Saturday, November 20, 2010

No Other

Super Junior – No Other.

Hmmph~ Ni la kesannya bila kau dapat adik yang gila Korea. Dengan kau sekali kena tempias. Bila kau balik rumah, first thing kau tengok adalah tv, channel 391. Rancangan Music Bank. Dengan orang yang tengah tengok sekali sing-along sambil menari-nari. Lepas tu kau masuk bilik on laptop hanya untuk mengetahui yang connection internet sangat lembap. Turun bawah tengok orang yang sama tengah Youtube Starking la Star Golden Bell Challenge la apekebende tah. Ada hati lagi tu nak suruh aku tukar Astro HD sebab ada satu channel Korea yang baru. Kemudian tengah malam, dikala parents tengah tidur, kau dengar orang berdekeh-dekeh gelak (dah rasa immune dengar orang gelak malam-malam tak kira apa). Turun bawah sekali lagi orang yang sama lagi tengah tengok Dream Team!. Oh adikku. SPM tahun depan kalau dapat straight A abang bawa pegi Korea ok? Jadi sila belajar bersungguh-sungguh! Aja-aja hwaiting!! Haha.

Lyrics dan translation boleh di dapati dari En. Google. Sila cari sendiri. Jangan jadi pemalas.

Ada maksud disebalik post ni? Hihi *blushing malu-malu macam mintak pelempang* Hah kau sikit-sikit nak fikir bukan-bukan. Tak  boleh nak tengok aku senang. Keh keh keh.

2 comments:

Syud Ridzuan said...

god, aku ingatkan tomboy-ish girls dancing tadi. turns out girlish boys shaking their backs pfft. *sarcastic*

ai said...

haha tak lama lagi tu lupa la die pasal korea...