- Erised stra ehru oyt ube cafru oyt on wohsi -

*(I show not your face but your heart's desire)*

Sunday, January 18, 2009

Hate

Boleh tak korang membenci seseorang dengan sebenci-bencinya?
Perasaan benci tu macam perasaan sayang. Sayang seseorang sesayang-sayangnya. Tapi dalam kes ni korang sangat benci.
Atau lebih teruk korang benci seseorang macam korang benci syaitan/iblis.
Boleh tak camtu?


Itulah yang aku rase sekarang. Dalam hati aku yang ade hanyalah perasaan benci. Before this takde. Dulu perasaan tu hanye tak suka. Aku harap perasaan tak suka tu akan hilang. Dan dalam hati aku aku harap dapat maafkan die walaupun die buat jahat kat aku. Tapi die tak penah berubah. Malah die secara terang-terangan provoke. Pade die apa yang kita buat semuanya salah. Apa yang die cakap semuanya betul. Kalau die tak suke orang tu senang-senang je cantas. Pastu nak buruk-burukkan orang tu. Kesalahannya hanyalah menegakkan kebenaran. Kalau orang bangun menentang die habis kene gam/cantas sampai ke akar.

So perasaan benci tu timbul. Dan rasenye aku tak dapat maafkan perbuatan die dunia akhirat. Tak pernah aku jumpe orang yang sekeji macam tu. Orang yang sanggup menggadaikan dan menggunakan orang lain semata-mata untuk kepentingan sendiri. Orang yang sanggup memalukan orang lain untuk mencapai matlamat. Aku tak sangka die boleh buat camtu kat ADIB. Aku tak sangka gak die boleh malukan AJK ADIB depan wakil-wakil universiti seluruh Malaysia. Ape punye orang camni? Dah la ADIB tu projek die. Walaupun hanya sekadar projek anak tiri, tak semegah projek kesayangan PROSPEK. Tapi still tu projek under die. Die yang jadi penyelia penasihat. Tak ke memalukan diri sendiri camtu? *ADIB (Arena Diskusi Bestari 2009)*

Dengan perasminya yang berucap tak kene tempat. Bagaikan membuka pekung di dada. Depan-depan wakil universiti lain memalukan Universiti Malaya. Dah tu, perasmi tu ingat wakil-wakil universiti ni tau secara detail ape yang berlaku time kempen Pilihanraya Kampus (PRK) Universiti Malaya. Aku sendiri sebagai warga UM malu. Cerita yang tak baik pasal diri sendiri. Kalau ye pon nak cakap orang lain tu tak betul jangan la sampai buka pekung di dada sendiri. Malu la wei~

Ish. Aku sangat tak boleh terima la ape yang terjadi. Kesian sangat kat AJK ADIB. Memang die melampau. Gunakan ADIB sebagai platform kempen. Ish... Memalukan.

And for the 1st time I'm using almost 100% Malay. Bukan ape. Marah sangat sampai buat ayat pon macam buat karangan. Nak lepaskan semua. Geram sangat.

Kepada rakan-rakan dari universiti lain, kalau nak tau ape yang terjadi tengoklah kat Malaysiakini.com atau Mahasiswakini.com (sehingga blog ini ditulis, berita pasal ADIB telahpun disiarkan dalam mahasiswakini.com... hanya dalam beberapa jam sahaja). Nak cari kat akhbar perdana takde. Sebab kes-kes yang berlaku terlalu sensitif kepada keamanan Malaysia sehinggakan akhbar tak 'publish'(maybe wartawan rasa berita ni too sensitif so sebab tu diorang tak publish) berita tersebut daripada tersebar. Taknak komen apa-apa tapi kalau berita ni tersebar dalam arus perdana, rasanya Malaysia akan huru-hara. Tapi sebagai mahasiswa dan orang Islam akan rasa marah dan terkilan.

Seriously aku kecewa dengan ape yang berlaku. Memang nak ceritakan ape yang berlaku malam tadi dan ape yang berlaku time kempen Pilihanraya Kampus UM. Tapi rase geram sangat sampai dah tak tau nak mulakan. Benci sangat kat die sampai nak tengok muka pon dah tak boleh. Even nak sebut nama. Tak boleh la. Post lain la aku ceritakan. Tidur dulu dan kuatkan semangat!

So kepada warga Universiti Malaya yang akan mengundi dalam PRK hari Isnin ni (esok la technically), satu nasihat kat korang;

Undilah calon yang korang rasa berkebolehan dan dipercayai. Bukan undi untuk parti/pihak yang bertanding.


UNDILAH CALON UMUM U17!

Sekian, terima kasih~




P.S: Tak sangka aku berkempen weh!! Pelik sebab b4 this tak penah amik kesah pon. Tahun ni semangat plak...

4 comments:

Anonymous said...

shamim aku sokong ko..aku yg duk semeja dgn ko mlm tu mmg x leh nk terime ape yg dieorg wat...jadikan adib sbg platform dieorg...langsung x fikir perasaan org lain...ape ni???ape2 pun aku tetap sokong calon umum U17...
aku harap kebenaran akn terserelah nnti..allah sentiasa bersama org yg bnar...aku yakin tu...

go...calon umum U17..kami sentiasa disisi anda...

Shahidah said...

btol2~
sy di sini pon menyokong gaks~
kesian sey tgk projek kwn2 yg mmg t'tindas dan ditindas..
dianaktirikan oleh "pengasas" sendiri..
sgt x fair n in a way, menunjukkan ketidakbijaksanaan ayahanda in tackling these kind of issues...
we know that u juz want to clean ur name, but peserta2 ADIB dr UNIVERSITI LAIN BUKANLAH TARGET AUDIENS ANDA.
hasil lelah dan penat org laen cm x b'makna padahal inilah projek yg m'bw nama universiti.
xpela..dh b'laku pon, ape yg nk dikesalkan lg?
kite hanya bley look forward dan berdoa (usaha) supaya perkara2 cmni x b'laku lg dlm mana2 projek 4th.
lg satu, sokongan t'hdp calon umum U17 mmg x b'belah bahagi!
kite menyokong individu, bukan mana2 parti.
harap ada "org" bley faham ye~
undilah dgn bijak~ cehh! =D

missyfaie said...

hoho~even xbrape mengerti ape yg b'laku..btw, what happened in 4th yg 4th jd sgt feymes tuh? another controversy story ek? juz like my chinese fren said thumbs down for um when it comes to campus election!

sya_ais said...

seriously can't forget what happen that night...
thank GOD i still an control..if not..berterabur nasi atas meja tu