Hey kamu
Adakah kamu tahu
Saya di sini amat merindui kamu
Selalu terkenangkan kamu
Teringatkan kamu
Hey kamu
Adakah kamu tahu
Sukar untuk saya percaya
Yang kamu telah pergi selamanya
Pergi meniggalkan saya
Meninggalkan kami semua
Hey kamu
Kamu tahu
Pabila saya teringat memori dulu
Hati menjadi sebak
Sehingga tak dapat tertahan
Mengalir air mata kesedihan
Hey kamu
Kamu tahu
Saya amat merindui kata-kata kamu
Senyuman kamu
Gelak tawa kamu
Tangisan kamu
Keluhan kamu
Nasihat kamu
Hey kamu
Kamu tahu
Kamu lebih dari sekadar rakan
Kamu seperti seorang adik
Apa yang pasti
Selepas ini
Tiada lagi nasihat dari kamu
Tiada lagi bebelan dari kamu
Tiada lagi tempat untuk saya mengadu
Hey kamu
Saya harap kamu gembira di sana
Sebab saya tahu
Allah merahmati kamu
Dan semoga saya boleh tersenyum
Pabila terkenangkan kamu
Sebab saya tahu
Kamu pun tersenyum juga
Menikmati indahnya alam sana
Saya tidak akan sekali-kali melupakan kamu
Sebab kamu istimewa pada saya
Dan saya akan menghargainya
Hingga akhir hayat saya
-------------------------------------------
Ya Allah
Berikanlah dia rahmat-Mu
Pengampunan-Mu
Tempatkanlah dia dikalangan
Orang yang dicintai-Mu
Dikasihi-Mu
Amin