Lip lap lip lap, pejam celik pejam celik, makan tido makan tido, dah sampai rupenye aku ke akhir semester. 2 hari lagi start exam. Tapi serius rasa macam banyak je tak tau padahal nota-nota terbentang di depan mata. Study? Jangan harap la nak study betul-betul. Time nak fokus je mesti la ade bende yang tak kene. Macam tanak bagi aku study plak.
So, ini adalah semester terakhir aku di Universiti Malaya, Insya-Allah. Semester terakhir sebagai seorang undergraduate. Dari PASUM sampai la sekarang, 5 tahun muka ni je asyik dok keluar masuk gate UM tu. Keh keh keh. So, final exam. Like literally final. Lepas ni dah takde exam lagi dah. Hopefully la. Insya-Allah.
Oh oh. Jadual peperiksaan adalah seperti berikut;
Bil | Code | Subject | Date | Time | Place |
1 | SMES2407 | Astrophysics & Cosmology | April 23, 2010 | 1500 | Level 2, Examination Hall |
2 | SMES2206 | Electricity & Magnetism | April 27, 2010 | 1500 | Level 2, Examination Hall |
3 | SXEX1102 | Statistics | April 29, 2010 | 1500 | Level 2, Examination Hall |
4 | SMES3293 | Solid State Physics | May 3, 2010 | 1130 | Level 2, Examination Hall |
5 | SMES2201 | Quantum Physics | May 5, 2010 | 0830 | Level 1, Examination Hall |
Sangat banyak kan? Haha. Out of 5, only 1 yang aku baru amik. Yang 4 tu paper repair. Repair tak sama dengan repeat. Sebab paper repeat sudah amik semester yang lalu. Keh keh keh. Paper repair hanya ingin menaikkan pointer yang sudah semestinya rendah ini. *kalau tinggi aku dah grad tahun lepas la wei*
Jadi, di kesempatan ini saya ingin menyusun jari memohon seribu kemaafan andai tersalah kata, tersilap bicara… Maaf Zahir dan Batin. (tak semestinya Raya je kan nak sebut benda-benda ni?)
p.s: ada banyak benda nak cakap… tapi skarang time study… jadi… “SHAMIM!!! SILA STUDY SEKARANG!!!”