- Erised stra ehru oyt ube cafru oyt on wohsi -

*(I show not your face but your heart's desire)*

Wednesday, November 4, 2009

Exam Fever Festival

Rakan-rakan… apa sudah terjadi kepada Teluk Batik?

Oi… pegi study la… tanye pasal trip lak..

Aku tak boleh study selagi tak tau apa perkembangannya.

Aahh.. alasan semata-mata… ko tu malas nk study..

Ye aku malas. Haa~ puas hati kau?

 

 

Perbualan di atas adalah sebahagian daripada monolog dalaman penulis. Seperti yang diketahui, demam peperiksaan melanda seluruh pelajar UM. Dan mungkin juga kepada pelajar-pelajar IPTA yang lain. Dan seperti biasa, bulan peperiksaan menyebabkan hampir semua pelajar menjadi tidak betul. Tahap kesihatan mental menjadi teruk. Terdapat banyak kes-kes yang melibatkan tahap kesihatan mental pelajar-pelajar. Antaranya bercakap sendirian termasuk pelbagai status yang menggerunkan di Friendster, Facebook, Myspace, Twitter dan lain-lain laman sesawang yang berkaitan, mengganggu rakan-rakan lain yang sedang belajar, dan yang paling menakutkan; perang psikologi atau dalam kata mudahnya ‘saiko’ (psycho) orang lain. Terdapa banyak kes-kes sebegitu sehinggakan penulis juga terikut sama menyertai festival ‘demam peperiksaan’ ini.

Akibatnya, hari ini (Rabu 4 September 2009) merupakan hari cuti bagi penulis. Cuti dari mengulangkaji pelajaran. Hanya mampu melihat sahaja nota-nota Biofizik dalam bentuk Microsoft Power Point.

Oh. Baru sebentar tadi penulis menyedari bahawa kertas-kertas peperiksaan semester lepas boleh didapati secara dalam talian melalui laman sesawang perpustakaan UM. Agaknya mungkin sudah lama tidak membaca sepenuhnya portal pelajar.

Dan kepada rakan-rakan yang mengambil subjek Optik, markah penilaian berterusan (continuous assessment) boleh didapati melalui UM E-Learning. (Dr. Woon bg email kat perdanamail… just so you know)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku still tak tau kenape post kali ni aku ‘Melayu’kan semua. Online jd dalam talian, website jd laman sesawang. Takpe.. bahasa jiwa bangsa. Haha.

Banyak merepek post kali ni (mcm post lain tak merepek je). Sila abaikan. Currently mental state tak berape bagus.

Clearly I’m outta my mind. Need to sleep.

 

 

p.s: Like Beyonce, aku pon ade alter ego. Cume belum dinamakan lagi. Sebab Beyonce dah amik name Sasha. Haha. See~ Aku merepek lagi. Arggh~

p.p.s: aku sendiri tak paham ape karangan yang aku buat kat atas tu… huhu

2 comments:

Syud Ridzuan said...

mungkin kamu bole namakan alter ego kamu itu shashamin fierce.







sumpah aku bosan cuti ini.

Anonymous said...

http://connections.blackboard.com/people/1755b9ba7d Buy amoxil online
http://connections.blackboard.com/people/d3f4f89d59 Buy Cheap Bactrim
http://connections.blackboard.com/people/76b8b13755 Buy Celebrex Online