Sebulan tak hapdate tiba-tiba rasa rindu lak. Keh keh keh. Takpe la. Let’s just summarize apa yang berlaku pada Februari 2010.
1. Bulan Februari dimulakan dengan cuti Hari Wilayah. Aku turut sama bercuti kerana UM terletak dalam jajahan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Serius time ni aku rasa heaven sebab takyah susah-susah nak jalan. Kaki sakit sebab ada 6 luka kat tapak kaki. Snorkeling punya pasal.
2. Lepas habis bercuti di Pangkor (untuk gambar sila lihat di Facebook) mood untuk study terus hilang. Enjoy sangat kat Pangkor.
3. Selipar kesayangan hilang di Pangkor. Mahal tu weh. RM50. Beli kat Jusco Tebrau City. Lepas tu cari yang sama jenis/kaler tak ada kat Klang Valley ni. Last-last beli brand sama tapi kaler lain. Wuuu T_T
4. Kembali aktif dalam sukan futsal setelah 3 tahun menyepikan diri. Ini bermula apabila budak-budak Fizik mengajak bermain futsal pada malam Isnin (padahal Selasa ada kelas). Sekali time main tercungap-cungap tak cukup oksigen. Penat weh lama gila tak bersukan. Letih memang tak payah cakap la. Nasib baik esoknya kelas tak skip. Ade test kot kalau tak silap.
5. Selepas futsal bersama rakan-rakan Fizik, berfustsal bersama rakan-rakan sekolah lak. Ni lagi extreme. 4 kali sepanjang 2 minggu. Memang tak nampak extreme. Tapi yang membuatkan extreme adalah selepas fustal, lepak kat mamak sampai 5 pagi. Ego punya pasal. Nasib baik buat time cuti. Kalau tak memang aku skip kelas la.
6. Yuran belum bayar habis. Sebab duit tak cukup. *Tu la enjoy sangat*. Oh oh, ingatkan aku buat evaluation subjects kat UMCTES.
7. Mahu beli banyak benda. But again… duit tadak!~ Syud dan Hazeeq sudah buat muka seposen minta berkaraoke dan makan Subway.
8. The prospect of post-graduation buat aku risau. Masa depan masih kelihatan samar-sama. Memang sudah ada perancangan tapi aku tak tau whether good or bad.
9. Jumpa Prof Saadah kononnya nak minta advice. Dia cakap datang bilik dia time dia free lepas cuti mid sem. Tapi sampai sekarang tak jumpa-jumpa lagi. Ceh. (Prof Saadah adalah Academic Advisor aku sejak 1st year. Tapi jumpa 2 kali sepanjang 4 tahun ni) T_T
Ni je buat masa ni. Serius time tak nak tulis bukan main banyak lagi kat dalam kepala. Lepas tu nak tulis terus hilang. Cukup la sebulan sekali hapdate. Kalau aku rajin macam Syud maybe dalam sehari tu berbelas-belas post aku publish. Kan Syud? Haha~
p.s: Subway tu camne? Hazeeq cam bizi je. (padahal aku malas nak g SA amik korang semata-mata nak makan subway dan berkaraoke)
p.p.s: “Wahai mood untuk study… sila datang kembali” (dalam kepala dah fikir nak pergi bercuti lagi.. kali ni kat Perhentian)