Mulut terkumat-kamit konon-konon sing-a-long sambil kepala head banging ikut rentak music. Nak menyanyi kuat-kuat tak boleh. Nak menari lagi la tak boleh. Nak mati ke menari dalam lab dengan boss kau kat depan mata? Lagi satu, pandai pula kau menari. Pfft~
Siapa peminat N Sync angkat tangan! Eleh jangan nak malu-malu la. Korang tengok N Sync sebab ada JT dgn JC kan?
Kenapa tiba-tiba post lagu ni? Entah la. Buka ipod tiba-tiba terus lagu ni play. Amik kau sentap sekejap.
Minta maaf. Emosi kurang stabil. Mood swing la katakan. Sila jangan tanya aku ‘kau ok ke tak?’ Obviously la aku tak ok duh. Dan kalau aku diam means aku tak nak cakap pasal sesuatu. Aku tahu korang ambil berat. But give me some space to deal with it by myself. Aku bukan tak nak bagitau. Tapi aku tak suka cakap masalah sendiri kat orang. Bagi aku macam menunjukkan kelemahan sendiri. That’s my point of view. Sila jangan argue! Sebab tu kalau aku emo aku diam. Yang kat dalam blog ni cuma sebahagian. Tak sampai 10% pun. Haha. Dalam blog je aku emo. Kat luar korang tak nampak pun.
You see me smile. You see me laugh. You see me cheerful every time. Tapi tak bermaksud aku tersangat gembira. I try to make myself look cheerful even though deep inside I am fighting with trouble. Biar orang nampak kita gembira so that diorang pun gembira sekali. Dari tengok kita sedih, dengan diorang sekali menyampah. Kan? So kita kena enjoy!
Oh hari ni half-day. Petang nak hantar mak and adik aku pergi Subang. Diorang nak bercuti di Thailand dengan family makcik aku. Hatyai je pun. Kalau pergi Phuket dah lama aku follow. Kat Hatyai shopping je. Malas la. So lepas hantar probably nak pergi The Curve. Shopping sebab gaji dah masuk (gila nak shopping kat tempat high class je, Hatyai tak nak!) dan dating dengan Hermionie sekali lagi kot. Aiseh *blushing mintak pelempang* Or most probably aku nak marathon movie. Dah lama tak buat. Banyak movie tak tengok lagi. Megamind, Rupunzel dan tidak ketinggalan 2 Alam (40 juta wei!). Kah kah kah.
Sudah! Jangan nak meraban lagi. The point is aku nak post lagu tu je. Bukan membebel.
Tapi kalau baca lyrics dia, memang kena kat aku. Pelik kan time macam ni la lagu ni pop up dalam ipod aku. Haih~